Tindakan lebih tegas kepada penternak babi haram

22 Sep 2022 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu Sungai Rambai di Lukut yang kini diklasifikasikan sebagai sungai paling tercemar di Malaysia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri mengambil maklum bahawa memang terdapat penternakan babi secara haram di kawasan Sungai Rambai dan ia adalah pencemaran yang amat mendukacitakan.

Katanya, lantaran itu, kerajaan negeri akan menghantar notis pemakluman menghentikan aktiviti penternakan dan penyembelihan haram di kawasan tersebut.

Baca berita penuh 'Tindakan lebih tegas kepada penternak babi haram' di Sinar Premium