Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memandang serius insiden yang melibatkan tindakan tiga penyampai stesen radio yang didakwa mempersendakan upacara agama lain.
Beliau menegaskan, dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati perlu dipupuk dan sebarang tindakan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.
“Saya ingin menegaskan bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.
“Tindakan mempermainkan mana-mana amalan keagamaan adalah sangat tidak wajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Susulan isu berkenaan juga katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan terperinci serta memanggil pihak pengurusan stesen radio bagi memberikan penjelasan penuh.
“Maka, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.
“Kita perlu memastikan bahawa media massa seperti stesen radio memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian negara dan perlu lebih berhati-hati dalam penyediaan apa-apa jua kandungan,” katanya.
Terdahulu, ketiga-tiga penyampai radio dikritik apabila didakwa mempersendakan upacara keagamaan. Ketiga-tiga mereka juga telah membuat permohonan maaf kepada umum dan Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah.
#multiracial #untiy #malaysia #enuogh #erafm#astro #mcmc #teamdsk #dsk #datosivakumar #mahima #action#batucaves #thaipusam #madani #fyp #pmx #fypシ゚viral tiktok
Dalam pada itu, pihak pengurusan Astro Audio memaklumkan telah merehatkan ketiga-tiga mereka daripada bersiaran ke udara sementara menunggu siasatan yang dijalankan.
The post ‘Tindakan mempermainkan mana-mana amalan keagamaan sangat tidak wajar’ – Teo Nie Ching appeared first on The Reporter.


