Tindakan pantas ADUN Labu baharu tangani pokok tumbang raih pujian

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 4:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tindakan pantas ADUN Labu baharu tangani pokok tumbang raih pujian

SEREMBAN – Tindakan pantas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Siti Nur Umaira Hasim, menangani aduan penduduk berhubung kejadian pokok tumbang di Taman Cenderawasih 2, Bandar Enstek, hari ini, menerima pujian ramai.

Siti Nur Umaira, 36, yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk pada pagi tadi mengenai sebatang pokok yang tumbang di hadapan sebuah rumah di Jalan Cenderawasih.

Beliau kemudian bergegas ke lokasi bagi meninjau sendiri keadaan sebelum menghubungi pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk tindakan segera.

“Tindakan pantas telah diambil oleh pihak MBS dan kerja-kerja pengalihan pokok berjaya diselesaikan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar atas kerjasama yang diberikan serta kepada MBS yang bertindak segera bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perkongsian itu mendapat perhatian yang rata-di media sosial rata memuji kecekapan wakil rakyat berkenaan dalam menyelesaikan aduan penduduk.

Firdaus Aziz menyifatkan Siti Nur Umaira sebagai wakil rakyat yang cepat bertindak dan sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat.

“Terbaik YB Puan Maira Hasim, pantas dan cepat bertindak menyelesaikan masalah rakyat. Tepat pilihan pengundi DUN Labu,” katanya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Ekscz Zahier berkata, komitmen ditunjukkan Adub berkenaan wajar dipuji kerana terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat.

Sementara itu, Mazlan Hamzah yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian turut merakamkan penghargaan atas kehadiran dan tindakan segera ADUN tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Tindakan pantas ADUN Labu baharu tangani pokok tumbang raih pujian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved