Cubaan meragut seorang warga emas gagal apabila orang awam yang berada di tempat kejadian membantu mangsa.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Desa Wira, Batu Kawa, Sarawak itu dirakamkan melalui kamera papan pemuka (dashcam).
Mangsa berusia 58 tahun yang sedang berjalan kaki dihampiri dua lelaki bermotosikal yang cuba untuk meragut beg tangan mangsa.
Dalam rakaman berkenaan, seorang wanita bertindak membunyikan hon keretanya supaya kedua-dua pelaku menghentikan perbuatan mereka dan menarik perhatian orang awam lain.
Snatch theft foiled by the public pic.twitter.com/pGaFKg9KFD
Di persimpangan jalan tersebut juga, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Alza memberhentikan kereta dan menghalang laluan pelaku.
Pemandu Alza berkenaan kemudiannya menangkap pelaku yang cuba melarikan diri.
Tindakan pantas yang dilakukan oleh orang awam dipuji netizen.
Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, ketika mangsa bergelut untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan suspek, sebuah kenderaan dipandu orang awam tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan motosikal diniaki dua peragut itu.
“Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya.
Sumber: Twitter, Berita Harian,Mohd Redzuan Abdul Manap
The post Tindakan pantas orang awam dipuji, gagalkan cubaan suspek ragut beg tangan appeared first on The Reporter.


