Tindakan Pegawai Imigresen Rapikan Rambut Budak Perempuan Untuk Ambil Gambar Buat Netizen Terharu

Entertainment
7 Nov 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan mulia seorang pegawai imigresen di Johor baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai apabila dia dirakam sedang merapikan rambut seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai ia berkaitan dengan urusan pembikinan pasport.

Dalam masa sehari, video tersebut telah meraih lebih daripada 1 juta jumlah tontonan di TikTok.

@yanaardh

#fyp #ayah Yallah semoga dipermudahkan urusan pegawai tu

♬ Ayah – Seventeen

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengatakan pegawai yang dikenali sebagai Razif ini bekerja di kaunter UTC Pasir Gudang, Johor. Ada netizen mengakui pernah berurusan dengannya dan mengatakan bahawa Razif ini seorang yang sangat ramah dan senang untuk berurusan dengannya.

Malah di mata warganet, dapat dilihat yang Razif ini bekerja dengan seikhlas hati, malah ada yang mengatakan bahawa Razif ini memang seorang yang baik hati dan jenis suka belanja orang makan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sikap baik hati dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan itu telah disanjung netizen dan ramai berharap ia menjadi contoh buat pegawai imigresen lain yang bertugas di kaunter.

Ramai betul yang mendoakan benda yang baik-baik buat Razif ni, semoga Razif murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.