Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan individu sememangnya mempunyai sikap prihatin dan suka membantu mereka yang memerlukan.
Kadangkala, orang yang ditolong itu pula bukanlah individu yang dikenali namun sifat ihsan dalam diri mendorong mereka untuk bertindak sedemikian.
Pelanggan Terharu, Pekerja Restoran Sanggup Bantu Angkat Bapa Yang Strok
Semalam (22 Oktober), tular di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai sikap pekerja sebuah restoran membantu mengangkat bapanya yang menghidap sakit strok.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @fyyqah.n, wanita dikenali sebagai Nur Afiqah itu berkongsi momen bapa kesayangannya diangkat oleh dua orang pekerja dari restoran Delicious Shawarma, Bangi.
Berdasarkan video yang dikongsikan, kedua-dua pekerja terbabit dilihat mengangkat bapanya yang duduk di atas sebuah kerusi berpindah dari satu meja ke meja yang lain.
Bukan itu sahaja, pekerja restoran berkenaan siap membantu Nur Afiqah mengangkat ayahnya masuk ke dalam premis dek kerana hujan lebat.
Malah, sewaktu pulang pun, kesemua pekerja restoran berkenaan membuat perkara sama dengan mengangkat bapanya sehingga masuk ke dalam kereta.
Biasa Buat Pesanan Dalam Talian, Bawa Bapa Yang Teringin Makan Nasi Arab Di Restoran
Kongsi Nur Afiqah, kebiasaannya dia hanya membuat pesanan dalam talian namun bapanya itu mempunyai keinginan untuk menikmati hidangan nasi arab.
“Hari ini bawa ayah makan dekat sini. Alhamdulillah makanan semua memang sedap.
“Tengoklah diorang angkat ayah. Lepas tu tiba-tiba hujan, diorang angkat ayah masuk dalam. Dah habis makan pun diorang angkat kerusi sampai depan pintu kereta ya.
“Alhamdulillah, terima kasih mudahkan semuanya. Alhamdulillah terima kasih orang baik,” tulisnya.
Bapa Hidap Strok Sejak 6 Tahun Lalu, Pergerakan Bapa Terbatas
Kongsi Nur Afiqah kepada BuzzKini, bapanya itu menghidap strok sejak enam tahun lalu.
Bapanya boleh berjalan dengan bantuan tongkat namun pergerakan agak terbatas dek kerana mengalami strok pada bahagian kiri badan.
Jelas wanita yang berusia 26 tahun itu lagi, ayahnya datang ke rumahnya yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi kerana mahu menghadiri Majlis Konvokesyen adik Nur Afiqah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Namun dek kerana tidak larat, bapanya itu tinggal di rumah bersamanya sebelum mereka dibawa ke restoran itu oleh adik perempuan Nur Afiqah yang lain.
View on Threads
Warganet Puji Kebaikan Pekerja Sanggup Bantu Angkat Bapa Pelanggan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 47,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pekerja restoran terbabit yang membantu mengangkat bapa Nur Afiqah itu.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat untuk memberi sokongan dengan hadir ke restoran berkenaan selepas melihat kebaikan yang dibuat.
Pada masa sama, ada warganet yang pernah menjadi pelanggan mereka turut memuji saiz hidangan diberi premis berkenaan yang disifatkan agak besar.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Fuh, Servis Siap Bawa Sampai Depan Kereta, Semoga Kedai Ini Kekal Lama”
![Image from: Tindakan Pekerja Restoran Bantu Pelanggan, Angkat Bapa Yang Hidap Strok Sampai Ke Kereta Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/pekerja-restoran-bantu-angkat-bapa-pelanggan_netizen_2.jpg)
“Baiknya Diorang! Nanti Insya-Allah Bila-Bila Datang Support”
![Image from: Tindakan Pekerja Restoran Bantu Pelanggan, Angkat Bapa Yang Hidap Strok Sampai Ke Kereta Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/pekerja-restoran-bantu-angkat-bapa-pelanggan_netizen_3.jpg)
“Shawarma Sini Memang Sedap, Semoga Allah Murahkan Rezeki Diorang & Ramai Pelanggan Datang”
![Image from: Tindakan Pekerja Restoran Bantu Pelanggan, Angkat Bapa Yang Hidap Strok Sampai Ke Kereta Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/pekerja-restoran-bantu-angkat-bapa-pelanggan_netizen_1.jpg)
“Portion Dia Banyak Sangat, Kitaorang Pesan Sorang Satu, Tiba-Tiba Sampai Banyak Gila”
![Image from: Tindakan Pekerja Restoran Bantu Pelanggan, Angkat Bapa Yang Hidap Strok Sampai Ke Kereta Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/pekerja-restoran-bantu-angkat-bapa-pelanggan_netizen_4.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Ambil Order, Effort Restoran Beri Layanan Istimewa Sempena Hari Lahir Ibu Pelanggan Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]
