Tindakan Pemandu Bawa Kereta Sambil Pegang Telefon & Tonton Video Undang Kecaman [Video]

LocalCars
21 Aug 2024 • 1:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap yang mempunyai lesen memandu kenderaan, pasti tahu tindakan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu merupakan satu kesalahan dan boleh didenda atau dipenjara.

Tindakan ini bukan sahaja berbahaya malah boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya sehingga meragut nyawa.

Pemandu raih perhatian selama tengok telefon ketika bawa kereta

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pemandu turut melakukan perkara sama sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mynewshub di X, awalnya kelihatan perakam berada dalam kereta sedang berjalan di sebatang jalan.

Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna gelap sedang menyusuri jalan yang sama.

Tangan kiri pegang telefon bimbit dan tengok video

Namun apa yang menjadi perhatian, sebaik perakam berselisih dengannya kelihatan pemandu berkenaan sedang memegang telefon bimbit dipercayai menggunakan tangan kirinya.

Malah dia turut dilihat sedang menonton rakaman seperti video dari telefon berkenaan sambil memandu kenderaan.

Ramai minta pihak berkuasa ambil tindakan

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai bimbang kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.

Tidak kurang juga ada yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pemandu Almera berkenaan.

Ada yang menyatakan mana-mana pihak boleh membuat laporan secara terus melalui aplikasi MyJPJ.

“Buat laporan dalam aplikasi MyJPJ je”

image is not available

“Banyak sekarang tapi buat tak nampak je”

image is not available