Tindakan Penunggang Motosikal Baling Tukul Atas Jalan Undang Kecaman [Video]

LocalPolitics
19 Aug 2024 • 3:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Apabila berada di jalan raya, pastinya anda akan melihat pelbagai jenis ragam pengguna tidak kiralah yang menunggang motosikal atau kenderaan empat roda.

Sebagai pengguna jalan raya, anda perlu sentiasa berhati-hati terutamanya di kala terdapat banyaknya kes jenayah yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ini kerana wujud sesetengah pihak yang secara diam-diam merancang perbuatan jenayah sama ada secara rawak atau sudah mempunyai sasaran tersendiri.


Rider Baling Penukul Di Jalan Raya

Berbicara tentang keselamatan di jalan raya, satu video telah dimuat naik semula di laman X (@update1111) menunjukkan situasi tidak diingini berlaku kepada seorang pemandu kereta.

Dalam rakaman dashcam milik kereta tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal memotong kenderaan yang dipandu oleh wanita terbabit sebelum individu berkenaan memperlahankan kenderaannya sambil mencapai sesuatu dalam beg.

Tidak lama selepas itu, dia dilihat melontarkan objek dipercayai sebatang tukul besi ke arah belakang dan hampir terkena pada kereta yang dipandu wanita tersebut.

Sejurus melakukan aksi berkenaan, penunggang itu terus memecut laju meninggalkan kereta tersebut.

Menurut maklumat pada dashcam, kejadian itu berlaku pada 18 Ogos sekitar jam 12:38 tengah hari itu.

Wanita itu yang terkejut bagaimanapun sempat mengelak dari terkena balingan objek keras terbabit.

Orang Ramai Bengang Lihat Aksi Tidak Bertanggungjawab Rider Terbabit

Rata-rata masyarakat yang menonton rakaman video dashcam itu mengecam dan menganggap rider itu tidak bertanggungjawab kerana tindakannya boleh mendatangkan kecederaan kepada seseorang.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa aksi itu berkemungkinan sengaja dilakukan sebagai salah satu rancangan untuk mengaut keuntungan melalui ‘towing’ sekiranya berlaku kerosakan pada kereta tersebut.

Susulan itu, netizen meminta agar pemandu terlibat membuat laporan polis berikutan kes yang berlaku.

Selain itu, wujud segelintir individu berpendapat mungkin berlaku sesuatu sebelum insiden yang menyebabkan penunggang motosikal berkenaan berasa marah sehingga bertindak sedemikian.

Namun apa sahaja yang berlaku bukanlah ‘tiket’ untuk anda membahayakan nyawa orang lain.

image is not available
Sumber: Twitter


Tips Keselamatan Diri

Susulan banyak kes jenayah yang terjadi sejak kebelakangan ini, berikut adalah beberapa tips untuk menjaga keselamatan diri dan mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa penjenayah semasa berada di jalan raya.

Antaranya:

  • Peka dengan keadaan sekeliling
  • Tidak berjalan seorang diri
  • Memilih laluan yang terang dan bercahaya
  • Elakkan dari mempamerkan barangan berharga
  • Menukar laluan pergi dan balik kerja dalam tempoh berkala
  • Menyediakan alatan keselamatan diri di dalam beg
  • Elakkan berkongsi lokasi ‘live’ secara terbuka

Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara buruk. Jaga diri ya semua!

Source: