Tindakan Penunggang Motosikal Parkir Di Tempat Letak Kereta Cetus Perdebatan [Video]

LocalCars
21 Nov 2024 • 6:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pemandu kereta atau kenderaan seperti van pasti pernah tertipu dengan tapak parkir yang disangka kosong tetapi sebenarnya merupakan tempat letak motosikal.

Perkara ini kebiasaannya berlaku ketika pemandu sedang mencari parkir di luar pusat membeli-belah. Malah insiden seperti ini adakalanya membuatkan ramai pemandu geram khususnya ketika parkir penuh.

Penunggang motosikal parkir motor di tempat letak kereta ketika berada di stesen minyak

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi video memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta sewaktu berada di sebuah stesen minyak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok, awalnya kelihatan pemandu kenderaan ingin memakir keretanya sewaktu berkunjung ke stesen minyak berkenaan.

Namun belum sempat dia ingin memasuki parkir tersebut kelihatan sebuah motosikal dari arah kanan segera memasuki tempat letak kereta itu dan memarkir motornya di situ.

Penunggang motorsikal itu kemudian turun dari kenderaannya dan memandang ke arah pemandu.

Turut buat isyarat seperti memaklumkan ia untuk parkir motosikal

Dia kemudian seperti memaklumkan kawasan itu adalah untuk motosikal memandangkan parkir di sebelah kiri juga diparkir oleh kenderaan sama.

Ekoran itu, kereta itu terpaksa berundur dan mencari parkir lain.

Insiden itu undang pelbagai reaksi di kalangan pengguna TikTok

Perkara itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai. Ini kerana ada yang merasakan mungkin kotak parkir itu diubahsuai khas untuk motosikal memandangkan terdapat kon di situ.

Namun ada juga yang meluahkan rasa kurang senang kerana motosikal itu tidak sepatutnya meletakkan kenderaannya di kawasan parkir kereta.

Komen-komen ini juga menyebabkan tercetusnya perdebatan di mana ada segelintir yang memihak kepada penunggang motosikal dan ada juga yang menyebelahi pemandu kereta tersebut.

Kami bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah parkir kereta mahupun motosikal.

“Mana ada parkir kotak motor khas untuk motor dalam stesen minyak. Jadi motor kena parkir luar simpang atau macam mana?”

image is not available

“Segelintir tempat memang letak kon tu tanda tu parkir motor kot… tempat saya sebelum ni ada parking khas untuk motor, dia orang buat tanda guna kon macam tu”

image is not available

“Mungkin sebab motor tak ada tempat parking, walaupun dia orang boleh je selit parkir mana-mana”

image is not available

“Padahal boleh je masuk kotak sebelah tu, besar kot”

image is not available