Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah

LocalPolitics
18 Nov 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah dalam kemalangan dua kenderaan di Kampung Benting Lintang, Besut, semalam.

Mangsa, Norra Zafidah Ahmad Zaibidin, 45, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang wanita yang berusia antara 19 hingga 56 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Bachok, Kelantan.

image is not availableimage is not available

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berumur 26 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 20 tahun yang datang dari arah Kampung Raja ke Setiu dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran.

image is not available

Akibat daripada kemalangan itu, salah seorang penumpang bahagian belakang kereta Honda City berusia 45 tahun meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal sampel darah terhadap pemandu Perodua Myvi mendapati lelaki itu positif methamphetamine.