
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Jika sudah namanya manusia, pasti tidak lari dari sifat ihsan dan mahu membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.
Kebiasaannya, bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk wang ringgit. Namun ada juga yang memberi bantuan dengan cara menyumbang tenaga bergantung kepada situasi.
Apa yang pasti, perbuatan sebegini sememangnya memudahkan urusan orang lain selain dapat meringankan beban.
Kereta Kancil Rosak Di Atas Jambatan Pulau Pinang
Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan dua orang penunggang motosikal yang membantu seorang pemandu kereta di atas Jambatan Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @arepit452, dapat dilihat keadaan jalan pada ketika itu sesak dengan kenderaan lain apatah lagi cuaca sedang hujan.
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat sebuah kereta Perodua Kancil berwarna jingga (orange) berhenti di laluan paling kiri jambatan tersebut dan memasang isyarat kecemasan.
Insiden itu dilihat mengeruhkan lagi keadaan apabila ada beberapa kenderaan lain terpaksa menukar laluan disebabkan kereta Kancil berkenaan.
Rider Bantu Tunda Kereta Kancil, Tolak Kereta Dengan Kaki Guna Motosikal
Situasi tersebut nyata menarik perhatian si perakam video apatah lagi pada ketika itu terdapat seorang lagi penunggang motosikal sedang berinteraksi dengan pemandu Kancil tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah kedua-dua rider terbabit kemudiannya dilihat bekerjasama menunda kereta Kancil dengan menolaknya menggunakan kaki sambil menunggang motosikal.
Menerusi hantaran berasingan, kereta Kancil itu ditolak sehingga ke lorong kecemasan yang terdapat di tengah-tengah jambatan sebelum si perakam video berlalu pergi.
Menerusi ruangan kapsyen, pengguna berkenaan berkata dia berasa tenang kerana dapat memberi bantuan sebegitu kepada pemandu tersebut.
Kongsi pengguna berkenaan kepada BuzzKini, dia terpanggil untuk membantu menunda kereta Kancil itu kerana tidak mahu kesesakan jalan raya di atas jambatan menjadi bertambah teruk.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi pada 8 Oktober lalu.
@arepit452 Yang penting kerjasama
♬ orijinal ses – 𝚃𝚑𝚎 𝙱𝚎𝚊𝚝𝚖𝚊𝚗#fyp #fypシ #towing #penangbridge #penang
Tonton video penuh [DI SINI] Replying to @abewea12 Rasa tenang bila dapat bantu dengan Selamat..
#fypage #fypシ #towingkancil #kancilbreakdown #penangbridge
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Puji Tindakan Kedua-Dua Rider Bantu Tunda Kereta Kancil
Perkongsian yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan kedua-dua penunggang motosikal terbabit yang sanggup menunda kereta Kancil berkenaan.
Apatah lagi, tindakan mereka itu dilihat bukan sahaja memudahkan pemandu kereta malah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Tidak kurang juga, ada netizen yang mendoakan kebaikan buat mereka berdua.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Pertolongan Awak Dah Kurangkan Risiko Jem Lagi Teruk, Dah La Dengan Hujannya Tambah Kalau Ada Kereta Rosak”

“Terima Kasih Orang Baik”

“Abang Mesti Bangga Kan? Saya Jerit Dekat Orang Angkat Tongkat Motor Pun Dah Bangga”

“Skill Ni Hanya Orang Pakar Atau Kaki Kuat Je Boleh Buat, Silap Langkah, Lutut Dengan Bahagian Kereta Boleh Rosak”

“Bahaya Sebab Hujan Takut Orang Tak Nampak, Tapi Apa-Apa Pun Semoga Orang Yang Menolong Dimurahkan Rezeki”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Tindakan Lelaki Ini Tolong Tunda Motosikal Pakcik Yang Kehabisan Minyak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Penunggang Motosikal Bantu Tunda Motor Kehabisan Minyak Raih Pujian [Video]
