Tindakan SPRM gantung pemakaian baju oren tepat - Pas

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 7:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tindakan SPRM gantung pemakaian baju oren tepat - Pas
Tuan Ibrahim

KOTA BHARU - Pas melihat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta sebagai tepat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hal ini kerana OKS yang dibawa itu bukan dituduh sebaliknya proses sambung reman.

"Jadi bila pakai pakaian baju oren... digari dan sebagainya, seolah-oleh mereka dah bersalah ataupun dibicara di mahkamah," katanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai 'baju oren' ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.

Anwar dilaporkan berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, secara peribadi tindakan SPRM itu sesuatu yang positif dan Pas menyambut baik perkara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved