‘Tindakan tegas harus diambil’

Politics
13 Nov 2022 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Tindakan tegas harus diambil terhadap pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mensabotaj calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Jika tidak diambil tindakan, ia akan terus menjejaskan kerjasama BN-GRS. Tindakan harus diambil untuk memulihkan hubungan baik ini.

“Saya telahpun menyuarakan dan meminta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS, untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pemimpin termasuk wakil rakyat GRS yang mensabotaj calon BN,” katanya selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Dataran Tamu Beluran, pada Sabtu.