Sabah boleh jadi ‘kingmaker’ melalui GRS-BN: Jeffrey

Politics
13 Nov 2022 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) bagi kawasan Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan percaya melalui perpaduan dan kerjasama padu GRS-BN, Sabah boleh menjadi ‘kingmaker’ pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

“Tidak kira BN atau GRS, jika kita bersatu, ada kemungkinan kita juga boleh menjadi ‘kingmaker’ kerana di peringkat pusat kita tidak tahu siapa yang akan mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Mungkin tidak ada (majoriti), mungkin juga berpecah dan tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan pusat tanpa sokongan Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita pada Ceramah Perdana Kempen PRU15 Mukim Luagan dan Bayangan di Kampung Tudan Baru, di sini pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved