Tindakan Wanita Indonesia Suka Hati Translate Bahasa Melayu Undang Kecaman Netizen

Entertainment
11 Dec 2022 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang wanita dari Indonesia telah dikecam hebat oleh warganet Malaysia kerana dilihat telah mempersendakan Bahasa Melayu menerusi content video TikToknya.

Dalam video TikTok tersebut, wanita berkenaan dilihat telah menterjemah istilah bahasa Indonesia ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Difahamkan, video wanita itu pada mulanya dimuat naik di platform TikTok sebelum dikongsikan semula di Facebook dan Twitter oleh warganet yang lain.

Walaupun terjemahannya dalam bahasa Inggeris tepat, namun dia telah menterjemah istilah-istilah berkenaan dalam bahasa Melayu dengan sesuka hati.

Antaranya, satpam (bahasa Indonesia) bermaksud security guard dalam bahasa Inggeris.

Namun, wanita tersebut menterjemahkan security guard itu sebagai penunggu maling dalam bahasa Melayu sedangkan di Malaysia, rakyat kita memanggilnya sebagai pengawal keselamatan atau Pak Guard.

image is not available

Ini telah menimbulkan kemarahan netizen Malaysia kerana wanita itu telah menyebarkan maklumat salah tentang bahasa kita dan mempersendakan bahasa ibunda kita.

image is not available

image is not available

Ini kerana dia juga dilihat beberapa kali ketawa dalam video itu apabila menyebut istilah-istilah yang kononnya diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Yang ironinya, difahamkan wanita yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia itu kini tinggal di Tawau, Sabah.

Bukan itu sahaja, perkataan satpam (security guard) yang diterjemah sebagai penunggu maling dalam bahasa Melayu juga sangatlah tidak tepat dan tak ada kaitan langsung sebab setahu min, maling tu perkataan yang berasal dari bahasa Indonesia.

image is not available

Tak pernah pulak orang Malaysia guna perkataan maling dalam kehidupan seharian kan.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang berpendapat wanita ini sengaja membuat content yang salah fakta macam ni semata-mata untuk menaikkan views video TikToknya.

image is not available

Apa pendapat korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.