Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

LocalFamily & Parenting
4 Aug 2026 • 1:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang mempunyai anak kecil pasti pernah berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila si anak tiba-tiba tidak tahan untuk membuang ‘hajat’.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, langkah pertama yang akan dilakukan adalah mencari tandas berhampiran dan meminta si cilik untuk menahan rasa itu sebelum dibuang di tempat sepatutnya.

Kanak-Kanak Kencing Di Luar Stesen Minyak

Namun berbeza dengan seorang wanita ini yang dilihat membiarkan seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di kawasan berhampiran sebuah stesen minyak di Cameron Highlands, Pahang.

Insiden itu dirakam dan dikongsikan oleh seorang pengguna dalam satu hantaran di Threads @___butterflyyylove.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan kanak-kanak terbabit duduk mencangkung dengan keadaan jalan berhampiran stesen minyak itu mempunyai kesan air dipercayai air kencing.

Apa yang menjadi perhatian adalah seorang wanita turut menemani kanak-kanak berkenaan yang dipercayai sedang membuang air kecil.

Kanak-kanak itu yang hanya mengenakan baju-T kemudiannya dilihat masuk semula ke dalam sebuah kereta jenis kenderaan serba guna (MPV) berwarna putih.

Manakala, wanita berkenaan pula dilihat menutup pintu kereta sebelum lalu ke bahagian hadapan kenderaan dan dipercayai masuk ke bahagian sebelah kiri kenderaan terbabit.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat keadaan stesen minyak dipenuhi dengan kereta.

Pengguna Dakwa Tandas Hanya Berada Berhampiran & Tiada Orang

Dakwa pengguna yang melihat insiden berkenaan, tandas stesen minyak itu hanya berada berhampiran.

“Tandas awam ada tapi jalan awam juga jadi pilihan. Tolonglah, stesen minyak ada tandas. Hormat sikit ruang awam,” tulisnya.

Image from: Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

Malah dia juga mendakwa, tandas stesen minyak pada ketika itu masih kosong dan tidak digunakan orang ramai.

Image from: Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

Ramai Kecam Tindakan Wanita Biar Anak Kecil Di Luar Stesen Minyak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 130,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan wanita yang membiarkan kanak-kanak lelaki berkenaan membuang air kecil di kawasan stesen minyak.

Sedangkan segelintir mereka berpendapat stesen minyak berkenaan sudah pastinya mempunyai kemudahan tandas untuk pengguna.

Malah, ramai juga yang mengaitkan perbuatan berkenaan dengan sikap segelintir orang luar negara yang sering dikaitkan dengan tabiat kencing merata.

Namun, ada juga yang berkongsi tips buat ibu bapa sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi mecemaskan daripada melakukan perbuatan sama.

Ada yang mencadangkan penggunaan botol sekiranya tandas sedang digunakan dan terdapat keperluan mendesak.

Selain itu, ada seorang pengguna menyarankan ibu bapa agar membawa lampin pakai buang meskipun anak kecil sudah tidak menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga.

Pun begitu, kami tidak dapat memastikan adakah benar tandas berkenaan tidak digunakan pada waktu itu.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Emak Yang Tak Ada Sivik, Tak Ada Tandas, Aku Rela Pakaikan Pampers, Bukan Kencing Merata Gini, Malu La Wei”

Image from: Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

“Ikut Perangai Cina Mainland Ke? Gila Parents Ini”

Image from: Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

“Agak-Agak Anak Dia Kencing Dekat Ruang Tamu Atau Laman Rumah Dia Marah Tak? Kalau Ada Rasa Nak Marah, Dia Tahulah Kenapa Orang Jijik Dengan Perbuatan Dia Ni”

Image from: Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

“Mari Saya Share Tips Untuk Parents, Walaupun Anak Saya Dah Tak Pakai Pampers, Saya Tetap Standby Pampers Dalam Kereta, Just In Case Ada Kecemasan Dari Biar Anak Kencing Merata”

Image from: Tindakan Wanita ‘Lepaskan’ Budak Lelaki Kencing Secara Terbuka Dekat Kawasan Stesen Minyak Dikritik

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kencing Merata’- Netizen Kecam Aksi Pemandu Kereta Singapura Yang Menjijikan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dah 2 Kali ‘Tertangkap’, Lelaki Kantoi Buang Sampah & Kencing Belakang Kawasan Perumahan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved