

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan peringatan terakhir kepada pemilik kenderaan agar segera melunaskan saman tertunggak melalui Program Rancakkan MADANI dengan diskaun sebanyak 50% yang bakal tamat 30 Disember ini. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum tindakan lebih keras menyusul.
Apa Risikonya Jika Saman Masih Tak Dibayar Sebelum 2026?
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, menegaskan bahawa kegagalan menjelaskan tunggakan akan membawa kesan buruk bermula 1 Januari 2026:
Walaupun ramai yang sudah mengambil peluang untuk membayar saman dengan diskaun, angka tunggakan buat masa ini, masih lagi tinggi. Dedah JPJ, sebanyak 4,762,238 notis saman masih belum dijelaskan oleh pengguna jalan raya dengan nilai tunggakan mencecah RM1.428 bilion.
Setakat ini, hanya 702,606 notis telah dijelaskan dengan nilai kutipan RM93.51 juta. Ini bermakna, masih ramai lagi individu yang ‘liat’ untuk membayar walaupun diskaun separuh harga sudah diberikan.
Mengapa Kerajaan Beri Diskaun Besar-Besaran Melalui Program MADANI?
Tujuan utama tawaran ini adalah yang berikut:
Ringankan Beban Rakyat: Memberi peluang kepada pesalah jalan raya melangsaikan hutang dengan harga "rahmah" sebelum tahun baharu.Pembersihan Data: Memastikan pangkalan data pesalah jalan raya dikemas kini sepenuhnya sebelum sistem penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan pada 2026.
