Tinggal 5 Episod, Rating ‘My Sweet Mobster’ Menurun Sedikit

Entertainment
18 Jul 2024 • 10:05 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya rating “My Sweet Mobster” menunjukan trend kurang stabil.

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama tersebut mencatatkan rating purata seluruh negara sebanyak 2.9%. Ini menandakan sedikit penurunan daripada 3.0% minggu sebelumnya, yang merupakan penilaian tertinggi drama ini setakat ini.

Dalam pada itu, Seo Ji-hwan (Uhm Tae-goo) dan Go Eun-ha (Han Sun-hwa) memulakan kisah cinta mereka selepas mengakui perasaan cinta pada satu sama lain.

image is not available

Berdasarkan webtoon popular, “My Sweet Mobster” adalah drama percintaan yang menampilkan Um Tae-goo sebagai Seo Ji-hwan, seorang lelaki yang telah mengatasi masa lalunya yang bermasalah, dan Han Sun-hwa sebagai Go Eun-ha, seorang pencipta kandungan kanak-kanak.

Korang best tak layan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.