“Tinggal Dengan Siapa Pun, Kami Tetap Ibu Bapa Mereka” – Adibah Enggan Rumitkan Kes Hadanah Dengan Bekas Suami

Family & Parenting
4 Sep 2023 • 3:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, bekas madu pelakon Miera Liyana, Adibah Abdul Mutalib enggan merumitkan kes tuntutan hadanah bersama bekas suami, Rosland Othman demi kebaikan anak-anak mereka.

Kata Adibah, dirinya sudah bersedia dengan segala keputusan anak-anak, sama ada mahu tinggal dengannya ataupun Rosland.

Mereka berhak untuk memilih sama ada hendak tinggal dengan ibu atau bapa. Tinggal dengan siapa pun, tetap ibu bapa mereka.

Menurutnya lagi, memang sedih jika mahu berpisah tetapi dia perlu ambil kira juga tentang perasaan anak-anak.

Ketika peguam mewakili Adibah ditemui iaitu Junid Ramali, dia berkata untuk hadanah kekal masih di peringkat meletakkan dokumentasi, di mana keputusan akan ditetapkan pada Oktober depan.

Difahamkan, pada perbincangan itu, Rosland hadir bersama anak keempatnya, Nur Anisa serta ibu Miera, Aisah Abdullah, manakala Adibah pula hadir bersama adik-beradiknya dan dua lagi anak.

image is not available 1 month ago

"Ke Hulu Ke Hilir Ngekor Menantu" - Netizen Tak Puas Hati Ibu Miera Liyana Yang Umum Nak Buat Sidang Media Kes Cerai Rosland Dengan Adibah