
BEIJING – Seorang bekas jururawat, Zhang Shuihua nekad meninggalkan kerjayanya itu bagi menceburi bidang larian maraton secara profesional sepenuh masa sehingga berjaya meraih pendapatan lebih AS$784,700 (RM3.2 juta) dalam tempoh masa hanya 10 bulan, lapor saluran berita VN Express.
Pendapatan yang diraihnya itu hasil siri kemenangan perlumbaan serta tawaran penajaan, dengan.
Malah, kemenanganyadi Maraton Xi’an pada 18 Oktober lalu sekali lagi meletakkan Shuihua sebagai tumpuan utama dalam komuniti larian China.
Dia menduduki tempat pertama dalam kategori wanita dengan catatan masa terbaik peribadi 2 jam, 29 minit dan 7 saat, sekali gus mencipta rekod laluan baharu yang mengatasi rekod sebelumnya oleh atlet Ethiopia, Derartu Hailu Gerefa pada 2024.
Kemenangan tersebut membolehkan Shuihua membawa pulang hampir AS$15,000 (RM61,000).
Pencapaian ini menandakan kejayaan terbaharu dalam peralihan hidupnya daripada seorang jururawat hospital yang bekerja mengikut syif kepada seorang atlet maraton profesional.
Shuihua sebelum ini bertugas sebagai jururawat di Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Fujian.
Titik perubahan dalam kerjaya lariannya ketika di Maraton Harbin pada Ogos 2025 dan dia muncul sebagai pelari wanita China di kedudukan teratas selepas menamatkan larian sejauh 42 km dalam masa 2 jam, 35 minit dan 27 saat, namun temu bual selepas perlumbaan itulah yang menjadikannya mula dikenali. – AGENSI
The post Tinggal kerjaya jururawat demi maraton, wanita raih RM3.2 juta appeared first on Kosmo Online.
