“Tinggal ‘Pampers’, Campak Sampah Merata-Rata” – Sukarelawan Banjir Di Thailand Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Rakyat Malaysia

LocalEnvironment
27 Nov 2025 • 8:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu video yang tular di Facebook meraih perhatian ramai apabila seorang sukarelawan Malaysia yang membantu operasi pembersihan di kawasan banjir di Thailand tampil menegur sikap segelintir rakyat Malaysia sendiri.

Dalam video tersebut, sukarelawan itu menunjukkan keadaan lokasi yang dipenuhi sampah seperti botol minuman, lampin pakai buang, plastik makanan serta pelbagai sisa lain yang didakwa ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang terkandas dan berlindung di kawasan tersebut.

Advertisement

Menurutnya, mereka di Thailand bekerja keras memastikan kawasan penempatan sementara sentiasa bersih dan teratur, namun sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia yang datang berlindung hanya menambah beban pasukan sukarelawan.

“Ada yang datang sini, tapi tinggalkan sampah merata. Botol, lampin… semua kami terpaksa kutip balik,” katanya dengan nada kecewa.

Dia turut menegaskan bahawa kerja pembersihan bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi dalam keadaan banjir yang memerlukan koordinasi pantas dan tenaga besar.

image is not available

image is not availableimage is not available

Hampir setiap hari kami kena kutip semula sampah yang ditinggalkan. Penat kami bersihkan, penat kami susun. Tapi yang datang, tinggal macam ini.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa sikap menjaga kebersihan harus datang daripada diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika berada di negara orang dan dalam keadaan kecemasan.

Ramai turut menggesa agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara lebih peka, menjaga imej negara serta menghormati usaha sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-27 19:46:57

Buat Ucapan Penghargaan Buat Nubhan, Tindakan Ibu Dr Fie Jadi Tumpuan - "Orang 'Educated' Menulis.."

The post “Tinggal ‘Pampers’, Campak Sampah Merata-Rata” – Sukarelawan Banjir Di Thailand Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Rakyat Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.