
Muka ‘Confident’ Kayuh Basikal Dalam Banjir, Sekali Tak Sangka Ini Yang Terjadi
Ketika ini, beberapa kawasan di Malaysia kembali dilanda banjir susulan hujan lebat yang turun hampir setiap hari.
Ini bukanlah sesuatu yang asing terutama menjelang hujung tahun. Dari kawasan bandar hingga ke kampung, ramai penduduk terpaksa berdepan dengan air yang naik mendadak, jalan yang ditutup dan rutin harian yang terganggu.
Namun begitu, sesetengah mangsa banjir masih menunjukkan sikap tenang kerana ramai yang muncul dengan pelbagai gelagat.
Ini mengingatkan kita bahawa manusia sentiasa mencari ruang untuk kekal positif walau dalam keadaan yang mencabar.
“Tahu-tahu jatuh…” ramai berasa terhibur melihat aksi remaja ini
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan seorang remaja yang santai mengayuh basikal ketika banjir melanda kawasan Changlun, Kedah.
Menerusi perkongsian @alyaaniqah di TikTok, remaja itu kelihatan selamba menempuh air setinggi lutut, seolah-olah sedang bersiar-siar di taman tanpa rasa takut walaupun banjir melanda sekelilingnya.
Difahamkan, remaja itu merupakan rakannya, dan basikal yang dikayuh adalah milik jiran mereka.
“Kami pergi tengok kawasan banjir lepastu kawan main basikal dekat situ,” jelas @alyaaniqah.
Sejurus sampai ke penghujung video, remaja berkenaan kelihatan terhuyung-hayang sebelum terjatuh ke dalam air, malah aksi spontan itu nyata mencuit hati orang ramai.
“Dia tak reti turun dari basikal sebab basikal tu tinggi, jadi dia pasrah je jatuh,” tambah @alyaaniqah lagi.
Gelagat spontan itu membuatkan ramai netizen terhibur kerana dalam situasi banjir yang selalunya mencemaskan, masih ada yang mampu mampu bergurau dan menceriakan keadaan.
Video tersebut mencecah 316 ribu tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
“Orang tua-tua kata jangan happy dulu, kan dah jatuh,” komen seorang wargamaya.
“Weh, orang Malaysia ni kalau banjir lagi lah korang suka eh,” komen seorang lagi wargamaya.
@alyaaniqah punoh abihh #banjir #changlun #foryoupage #banjircore #fyp
BACA: “Comel Betul,” Gelagat Spontan Dua Beranak Lukis Bentuk Hati Untuk Ibu Buat Ramai Cair
BACA: Ramai Terhibur, Pelajar Lelaki Ni Tak Henti Bercakap Sampai Petugas Hilang Sabar
Sumber: @alyaaniqah
The post Muka ‘Confident’ Kayuh Basikal Dalam Banjir, Sekali Tak Sangka Ini Yang Terjadi appeared first on Siakap Keli.



