Tinggalkan Agensi Lama, Jun Jihyun Dilapor Akan Buka Syarikat Sendiri?

EntertainmentLifestyle
25 Jun 2025 • 12:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 3 tahun bekerjasama, Jun Ji-hyun telah memutuskan untuk berpisah dengan agensi IEUM HASHTAG.

Menurut laporan, kontrak esklusif Jun Ji-hyun bersama IEUM HASHTAG akan tamat tidak lama lagi dan kedua-dua pihak telah memutuskan untuk tidak memperbaharuinya.

Setakat ini, diketahui bahawa ada banyak syarikat yang cuba merekrut Jun Ji-hyun tetapi semuanya masih dalam perbincangan.

image is not available

Tambahan, terdapat juga laporan menyatakan wanita itu akan menubuhkan agensinya sendiri, buat kali pertama dalam 14 tahun sejak debutnya dalam industri.

Namun, tiada pengesahan lagi mengenai dakwaan yang dibuat.

Apa-apa pun, fighting Jun Ji-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.