Tingkap Rumah Pengasuh Tidak Berjeriji, Budak 7 Tahun Ma*t Terjatuh Dari Tingkat 29 Kondominium

Entertainment
21 May 2025 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Selangor, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa ketika kejadian berada di rumah pengasuh sebelum dia dipercayai memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh ke lantai tingkat lima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, anggota polis yang sedang melakukan rondaan tiba di lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang di lantai tingkat lima bangunan berkenaan.

image is not available

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh mangsa.

“Ketika kejadian ibu mangsa menjaga seorang lagi anaknya yang sedang dikuarantinkan manakala bapa mangsa bekerja,” katanya.

Menurut sumber lain, terdapat kerusi di tepi tingkap dan mangsa disyaki terjatuh semasa berdiri dan melihat ke arah luar.

Pihak polis menyatakan setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti dan kes di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan, pihak polis telah merakam keterangan individu yang merupakan pengasuh mangsa untuk membantu siasatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.