Tingkat kemahiran menerusi program cuti sekolah

5 Mar 2024 • 2:48 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Barisan peserta Program Cuti Sekolah Kanak-Kanak Sufi Kreatif yang diadakan di Proton City, Tanjong Malim, Perak.

Pelbagai kemahiran dan pengalaman unik diperolehi peserta ketika berlangsungnya Program Cuti Sekolah Kanak-Kanak Sufi Kreatif, baru-baru ini.

Menurut pengurus program, Mohd Firdhaus Hasraf Hassan, kemahiran seperti skil komunikasi, interaksi dan mengasah cara berfikir agar lebih kritis dan dinamik telah dikuasai semua peserta.

Malah, mereka juga berpeluang merasai pengalaman indah dan menyeronokkan bersama kawan-kawan baru.

“Program Cuti Sekolah Kanak-Kanak Sufi Kreatif berlangsung selama tiga minggu di Proton City, Tanjong Malim, Perak.

“Ia bertujuan membantu ibu-bapa yang perlu bekerja berasa selamat dan seronok dengan hasil seni kreatif anak-anak yang dibawa pulang ke rumah selepas program berakhir,” katanya.

image is not available
Mohd Firdhaus (kiri) komited melaksanakan program seperti ini sejak 10 tahun lalu.

Mohd Firdhaus yang berpengalaman sebagai pendidik seni visual kanak-kanak merupakan individu yang komited melaksanakan program seperti ini sejak 10 tahun lalu.

Beliau bersama Suraya Ismail, graduan Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak sentiasa menyajikan pengisian aktiviti menarik setiap kali program sebegini diadakan.

Antara yang telah dianjurkan ialah aktiviti Comelnya Ikan Saya, Mudahnya Simpan Duit, Senamrobik Sihat dan Kuat, Gubahan Bunga Untuk Awak, Dari Komik Jadi Wayang Kulit dan Masuk Dapur Masak Kentang Putar.

Sementara itu, wakil ibu bapa iaitu Dr Adibah Abu Bakar dan Dr Syazwan Saidin melahirkan hasrat agar program cuti sekolah ini terus dilaksanakan supaya perkembangan emosi dan sosial anak-anak dalam seni kreatif terus dicungkil untuk masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved