
RANAU: Setiap sekolah perlu meningkatkan penglibatan rakan strategik untuk sama-sama memacu peningkatan prestasi sekolah dalam memastikan kejayaan pelajar, kata Pengarah Pendidikan Sabah, Tah Nia Jaman.
Beliau berkata ibu bapa, masyarakat setempat, badan bukan kerajaan (NGO), badan korporat, pemimpin masyarakat dan individu perlu menggembleng tenaga, idea, dana dan masa agar kualiti pendidikan di negeri ini dapat diperkasakan.
Menurutnya, aspek ini amat penting agar kualiti pendidikan di Sabah dapat diperkukuh serta diperkasakan, untuk menjadikannya setaraf dengan negeri lain di Malaysia.
