Tingkat Prestasi Atau Pedro Angkat Kaki

15 Mar 2025 • 7:16 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pihak pengurus kepada pelumba sensasi KTM, Pedro Acosta jelas menyatakan semalam bahawa pelumba tersebut bukan sekadar ingin berlumba akan tetapi mahukan gelaran juara dunia MotoGP.

Pedro sememangnya bersemangat dan mempunyai tekad yang tinggi bagi mencapai impiannya menjadi nombor satu dunia seperti pelumba-pelumba lain namun beliau memerlukan jentera yang kompetetif.

Dikatakan Pedro sememangnya berkehendak untuk menggenggam gelaran dunia bersama jenama KTM kerana mereka telah mengangkat dan mendukungnya sejak sebelum ke arena MotoGP lagi. Dua gelaran dunia sebelum ini diperoleh telah bersama KTM dan amat manis jika ia berlanjutan kepada MotoGP pula.

Walaubagaimanapun, pihak Pedro perlu tegas di mana KTM hendaklah meningkatkan prestasi sedia ada supaya setanding dengan Ducati. Jika dilihat KTM tidak mampu untuk berbuat demikian maka plan B perlu diambil.

Teruskan bersama Two Wheels...!!


#TwoWheels #Tedia #TW #MGPM #PA37 #KTM #MotoGP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved