Tingkat taraf hidup, 200 asnaf sertai program usahawan anjuran LZS

24 May 2023 • 7:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 200 asnaf menyertai program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ahad lalu.

Agensi itu memaklumkan program percuma dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bertujuan membantu asnaf menjana pendapatan sampingan.

“Program ini antara inisiatif Zakat Selangor menyantuni asnaf dan mengubah nasib mereka dengan galakkan mereka menjadi agen dropship jenama-jenama terkenal.

“Kira-kira 60 pengasas antaranya Wanys Snacks, Nims Choco Tub, Sugarbomb, Das Abdul dan banyak lagi bersedia bantu peserta menjadi ejen dropship produk keluaran mereka,” katanya menerusi Facebook.

LZS berkata antara modul yang dilaksana menerusi program terbabit adalah memberi penerangan kepada asnaf mengenai strategi pemasaran, pemilihan jenama dan pelan perniagaan dropship.

“Diharapkan program ini dapat membantu asnaf menjana pendapatan sampingan bagi meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved