Tingkatkan waspada semasa cuti sekolah: Polis

14 Sep 2024 • 3:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Orang ramai dinasihatkan agar meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam keterujaan menyambut cuti sekolah yang bermula hari ini (14 Sept).

Ketua Polis Bandaraya, ACP Kasim Muda, mengingatkan bahawa pagar, pintu, dan tingkap rumah perlu ditutup dan dikunci dengan selamat sebelum meninggalkan rumah.

“Jangan tinggalkan alat seperti tukul, pemutar skru, tangga dan seumpamanya di luar rumah kerana ia boleh mengundang penjenayah untuk memecah masuk ke rumah atau kereta.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang berharga di rumah atau di dalam kenderaan ketika tiada di rumah.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Amalkan semangat kejiranan dengan meninggalkan pesanan kepada jiran supaya mereka boleh membantu memantau rumah anda.

“Jika perlu, pasang peranti keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) atau penggera,” katanya dalam satu kenyataan.

Kasim berkata, perkara paling penting ialah mengisi borang “balik kampung” bagi mereka yang ingin pulang ke kampung supaya memudahkan pihak polis memantau kawasan perumahan mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.