Tinjauan Kesejahteraan Kewangan Sun Life Malaysia #1 – Rakyat Malaysia lebih mengutamakan Perlindungan Perubatan

30 Mar 2023 • 8:00 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Tinjauan Kesejahteraan Kewangan Sun Life Malaysia #1 – Rakyat Malaysia lebih mengutamakan Perlindungan Perubatan
Raymond Lew, CEO & Presiden di Sun Life Malaysia.

Ramai keluarga di Malaysia merasai tekanan kos sara hidup akibat daripada kenaikan kadar inflasi yang tinggi. Disebabkan itu, mereka terpaksa menilai status kewangan yang sedia ada.

Apakah yang menjadi keutamaan kewangan rakyat Malaysia pada saat-saat inflasi dan ketidaktentuan ekonomi ini?

Menurut Tinjauan Kesejahteraan Kewangan #1 oleh Sun Life Malaysia - sebuah syarikat insurans hayat dan takaful keluarga, seramai 5059 responden telah memilih yang berikut sebagai tiga keutamaan kewangan mereka pada tahun ini: 

1) Penjagaan kesihatan

2) Persaraan

3) Simpanan kecemasan

Penemuan Tinjauan Kesejahteraan Kewangan #1

Cabaran daripada pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun serta peningkatan kos perubatan telah memberi kesedaran yang besar terhadap penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.  

Lebih-lebih lagi peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes terutamanya terhadap golongan yang meningkat usia, melonjakkan lagi permintaan  terhadap penjagaan perubatan yang saksama. 

Maka tidak hairanlah 23% responden memilih keperluan penjagaan kesihatan ibu bapa dan keluarga sebagai keutamaan kewangan mereka, manakala 6.8% responden mengutamakan persaraan.

6.1% lagi responden mengutamakan simpanan kecemasan dan 4.6% menekankan keperluan pendidikan. Dalam tinjauan ini, 59% responden menyatakan bahawa mereka akan membahagikan pendapatan mereka secara sama rata antara penjagaan kesihatan, persaraan dan juga untuk simpanan kecemasan.

Image from: Tinjauan Kesejahteraan Kewangan Sun Life Malaysia #1 – Rakyat Malaysia lebih mengutamakan Perlindungan Perubatan
Lebih 23% responden mendedahkan bahawa keutamaan kewangan mereka adalah memastikan perlindungan penjagaan kesihatan yang mencukupi untuk ibu bapa dan keluarga.

Menurut Sun Life Malaysia, ramai sedang menilai semula cara mereka mengendalikan keperluan perubatan mereka dan yang lebih penting, bagaimana untuk memastikan keluarga mereka akan mendapat akses kepada rawatan perubatan yang diperlukan tanpa perlu menggunakan wang simpanan sekiranya berlakunya krisis kesihatan.

Menurut tinjauan FCI 2021 oleh Bank Negara Malaysia, ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Pengurusan risiko kewangan peribadi juga bukan sesuatu yang biasa dilakukan, di mana 47% rakyat Malaysia menghadapi kesukaran dalam mengumpul dana kecemasan sebanyak RM1,000, manakala satu daripada tiga tidak berminat untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful.

“Di Sun Life Malaysia, kami percaya persediaan menghadapi krisis kesihatan atau ekonomi yang tidak dijangka boleh membantu membina daya tahan kewangan. Perlindungan insurans dan takaful boleh menjadi langkah pertama dalam perancangan kewangan anda untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada sebarang masalah kewangan semasa kecemasan,” kata Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Pengurus Negara Sun Life Malaysia.

3 cara mudah untuk membina dana kecemasan anda

  • Tentukan jumlah wang yang perlu anda simpan: Semak semula status kesihatan ahli keluarga anda dan tetapkan dana kecemasan kesihatan yang anda inginkan. Petua yang baik adalah untuk memastikan terdapat perbelanjaan yang mencukupi selama 6 bulan sebagai dana kecemasan untuk mengelakkan sebarang masalah kewangan.
  • Pertimbangkan perlindungan insurans/takaful penyakit kritikal: Penyakit kritikal biasanya berlaku di luar jangkaan, tetapi kita boleh menyediakan perlindungan kewangan untuk diri sendiri dan orang tersayang dengan pelan penyakit kritikal. Pelan insurans/takaful ini akan membantu anda menampung bil perubatan atau bertindak sebagai pengganti pendapatan sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi. Jumlah tersebut bergantung kepada perlindungan insurans/takaful anda, dan akan dibayar kepada anda dan keluarga. Anda tidak perlu membelanjakan semua simpanan anda  apabila anda mempunyai penggantian pendapatan.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat: Gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko kerentanan anda terhadap penyakit kritikal atau gejalanya dalam jangka masa yang panjang. Untuk mengekalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, dapatkan pemeriksaan berkala dan ikuti nasihat doktor untuk mengurangkan risiko penyakit.

Pelan perlindungan penyakit kritikal pelbagai generasi Sun Life Malaysia yang memenangi anugerah

Sesuai untuk keluarga generasi sandwic*, pelan Prime Family Critical Care-i akan melindungi anda dan ahli keluarga anda sekiranya berlaku kecemasan perubatan.

Pelan perlindungan penyakit kritikal yang inovatif ini merupakan pelan pertama dalam industri takaful Malaysia, di mana ia menawarkan pelbagai manfaat** termasuk:

  • Manfaat kemasukan hospital: Sehingga 100% daripada jumlah perlindungan akan dibayar jika anda dimasukkan ke hospital.
  • Manfaat tumor benign: 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar apabila didiagnosis tumor benign yang memerlukan pembedahan.
  • Manfaat penyakit kritikal: 100% daripada jumlah perlindungan akan dibayar apabila didiagnosis dengan mana-mana 46 penyakit kritikal yang dilindungi.
  • Manfaat pemulihan diabetik: 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar apabila didiagnosis dengan keadaan penyakit diabetes yang dilindungi.
  • Pelanjutan perlindungan penyakit kritikal yang berbeza kepada ahli keluarga anda tanpa penilaian pengunderaitan: 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar untuk setiap ahli keluarga, sehingga maksimum 6 ahli (iaitu 1 pasangan suami isteri, 2 ibu bapa, 3 anak).

*Generasi sandwic: Rakyat Malaysia yang berumur lewat 20-an hingga lewat 40-an, dengan ibu bapa tua dan anak-anak kecil.

**Tertakluk pada terma & syarat. Sila rujuk kepada risalah dan dokumen penerangan produk Prime Family Critical Care-i untuk butiran lanjut.

Memperkasakan rakyat Malaysia dengan jaminan kewangan seumur hidup

Tahun ini genap ulang tahun ke-10 Sun Life Malaysia. Sejak Sun Life memulakan operasinya di Malaysia pada 2013, syarikat ini telah memberi tumpuan untuk membantu rakyat Malaysia membina daya tahan kewangan melalui solusi insurans hayat yang inovatif dan produk takaful patuh Syariah yang membantu orang ramai merancang, membina, dan memelihara kekayaan mereka untuk masa depan yang lebih cerah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sun Life Malaysia dan sambutan ulang tahunnya ‘10 Years Brighter,’ sila layari http://sunlife.co/SunLife10.