Tinju Muka Isteri Angkara Cemburu, Lelaki Ditahan Reman Di Sabah

12 Feb 2024 • 11:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa mengelami cedera ringan di bahagian muka

Tinju Muka Isteri Angkara Cemburu, Lelaki Ditahan Reman Di Sabah. Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan menumbuk muka isteri ekoran mengesyaki memiliki hubungan bersama lelaki lain dalam kejadian di Kampung Siaun, Menumbok kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa wanita berumur 34 tahun berkenaan mengalami kecederaan di pipi kanan dan luka di bawah kening.

image is not available
Tinju Muka Isteri Angkara Cemburu, Lelaki Ditahan Reman Di Sabah.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di dalam kereta di hadapan rumah pasangan terbabit.

“Suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak memukul muka mangsa (isteri). Suspek juga bertindak mengugut untuk membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bertindak aduan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Menumbok menahan suspek.

“Punca kejadian disebabkan suspek cemburu dan menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain. Suspek berusia 35 tahun kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/dua-remaja-lemas-sungai-betong

https://www.iloveborneo.my/tular-isu-sorok-kamera-dalam-bekas-pewangi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved