Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

Cooking
16 Jan 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

JIKA nak masak daging, perkara utama yang kita kena buat adalah pastikan ia lembut terlebih dahulu.

Kalau sekadar gunakan air semata-mata, biasanya berjam-jam kena tunggu. Jenuh kalau kita nak masak cepat.

Selepas cari punya cari, akhirnya SinarPlus temui satu petua yang lain sedikit.

image is not availablePaling membuatkan kami teruja, bahannya cukup simple, hanya menggunakan ais batu sahaja!

Petua tersebut diperoleh daripada tukang masak dari negara Thailand. Kemudiannya dikongsikan semula oleh Norsazenny Ariffin dan Nurazimah Azimah yang turut mencubanya sendiri.

Jom kita baca penerangan mereka.

image is not available

AIS BATU

1. Rebus terlebih dahulu daging selama 20 minit hingga 30 minit (sambil itu bolehlah sediakan bahan-bahan lain).

2. Waktu air sedang menggelegak, masukkan ketul ais (jumlah yang banyak, bukan seketul dua).

image is not available

3. Biarkan seketika tanpa perlu ditutup. Setelah itu, lihat sama ada daging sudah empuk atau belum.

4. Jika sudah empuk, bolehlah ditutup api.

5. Kemudian, masak daging tersebut seperti biasa.

Selain ais batu, terdapat juga kaedah lain yang boleh dipraktikkan iaitu dengan menggunakan minyak masak.

Berikut tip yang dikongsikan oleh seorang lagi pengguna media sosial iaitu Mahamidah Hamdan.

image is not available

MINYAK MASAK

Masukkan dua sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Panaskan.

2. Setelah itu, masukkan daging. Air daripada daging akan keluar sendiri.

3. Guna api yang kuat. Kacau sekali sekala sehingga air daging tadi kering.

4. Setelah air kering, daging akan jadi lembut dan empuk.

6. Selepas itu, bolehlah masak daging tersebut mengikut cita rasa anda sekeluarga.

image is not availableSelain itu,SinarPlus juga ingin berkongsi tip menyahbekukan daging dalam tempoh yang singkat.

Cara yang dikongsikan itu bukan sahaja mudah, malah cukup rare.

Untuk kaedah tersebut, anda perlukan dua biji periuk jenis logam.

Ini kerana logam khususnya aluminium ialah konduktor haba yang sangat baik.

Oleh yang demikian, haba yang dihasilkan melalui proses itu membantu melembutkan daging.

Lebih luas permukaan daging yang bersentuhan dengan konduktor (periuk) lebih cepat daging dinyahbeku.

image is not available

Cara nyahbeku daging:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Kemudian, periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Sumber: Syamsul Amir Abdul Manaf‎

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.