
Rumah terbuka dan Syawal sudah menjadi kebiasaan, yang menyatukan ahli keluarga dan rakan karib dalam suasana meriah.
Namun, bagi sesetengah orang, menjadi hos rumah terbuka mungkin mendebarkan. Ini kerana masing-masing mendambakan majlis yang lancar dan segalanya sempurna - daripada penyediaan makanan, melayan tetamu, sehinggalah ke kerja-kerja pembersihan selepas itu.
Namun, dengan sedikit perancangan dan beberapa penyelesaian rumah yang bijak, semuanya boleh menjadi lebih mudah.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengadakan rumah terbuka dengan lebih mudah dan jimat!
1. Persembahan Yang Mesra Poket
Tarikan utama setiap rumah terbuka tentulah makanan, daripada tat nanas klasik, ketupat rendang yang enak, hinggalah ke sirap bandung yang menyegarkan.

Untuk majlis berskala kecil, kagumkan tetamu anda dengan penataan hidangan yang menarik tanpa perlu berbelanja besar. Hidangkan pencuci mulut dalam gelas sedia ada di rumah, atau serikan minuman dengan tangkai rosmari, dihidangkan dalam balang berpaip atau mangkuk sajian yang cantik.

Walaupun dalam ruang sempit, sisipan rak atau dulang hidang membolehkan anda menyusun sajian dengan lebih kemas dan indah.
2. Tak Mahu Serabut? Simpan Terus Je!
Sama ada anda menempah atau menyediakan makanan sendiri, penyimpanan makanan tetap penting.

Mereka yang memasak di rumah boleh merancang dan menyimpan bahan-bahan lebih awal supaya tidak kelam-kabut pada hari majlis. Selain itu, lebihan makanan juga boleh kekal segar dan sedia dipanaskan semula.
Masalah lain yang biasa terjadi apabila menganjurkan rumah terbuka ialah, ruang untuk meletakkan pinggan-mangkuk dan perkasasan lain tidak mencukupi.

Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan troli beroda untuk mengangkut pinggan, minuman dan sudu garpu dari dapur ke ruang makan. Ini mengurangkan ulang-alik dan memastikan semuanya mudah diambil.
3. Sentuhan Praktikal Yang Meriah
Minuman panas seperti teh kosong dan teh tarik adalah hidangan yang selalunya menjadi pilihan tuan rumah untuk dihidangkan di majlis rumah terbuka.

Untuk memastikan kedua-dua pilihan minuman ini kekal panas, boleh gunakan kelalang vakum, jadi tidak perlu lagi dijerang atau dipanaskan semula, sekali gus menjimatkan elektrik.

Bagi mencipta suasana mesra dan intim, lentera atau lilin juga boleh ditambah sebagai dekorasi, dan ia boleh digunakan semula untuk apa jua sambutan.
4. Membuat Ruang Untuk Semua
Tempat duduk terhad mungkin menjadi satu lagi masalah yang perlu dipertimbangkan oleh tuan rumah. Namun, jangan risau, terdapat pelbagai cara untuk mencipta ruang tambahan.

Kerusi lipat dan kusyen lantai menjimatkan ruang dan mudah disimpan apabila tidak diperlukan. Bagi tetamu yang selesa duduk di lantai, sediakan meja kecil di sudut-sudut ruang untuk mereka meletakkan pinggan dan cawan.

Selain itu, meja dulang atau bangku kecil juga sesuai dijadikan permukaan sementara buat semua.
Pic : Bangku lipat GUNDE, Kusyen Lantai GURLI dan Dulang katil KLIPSK
5. Tidak Lagi Berserabut
Bimbang longgokan pinggan dan sampah selepas majlis? Gunakan sistem pengasingan sisa untuk menjadikan kerja pembersihan lebih mudah dan seronok.
Galakkan tetamu membuang bahan kitar semula dan sisa makanan ke dalam tong-tong berasingan bagi mengurangkan beban kerja setelah majlis berakhir.

Tong sampah yang dilabel dengan jelas akan memudahkan proses tersebut dan mengubah kerja pembersihan kepada usaha berpasukan!
Moga tip atau panduan ini membantu. Jika bukan untuk rumah terbuka tahun ini, boleh simpan untuk tahun-tahun berikutnya. Tapi, tip ini juga sebenarnya boleh anda gunakan untuk majlis hari jadi dan juga ‘potluck’ bersama teman-teman rapat.
Untuk maklumat lanjut produk -produk dan tawaran daripada IKEA, sila layari IKEA.my. - Getaran, 23 April 2025
Foto : IKEA


