“Tipikal Dan Merendahkan Maruah Wanita” – Juliana Evans Tekad Tak Akan Ambil Tawaran Watak Penyondol

EntertainmentLifestyle
7 Jan 2025 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans berkata, dia tidak akan sesekali menerima watak sebagai seorang penyondol atau orang ketiga dalam rumah tangga kerana menganggap ia sebagai tipikal dan tidak mencabar.

Kata Juliana, watak itu bukan sahaja klise malah menjatuhkan martabat seorang wanita.

Saya memang tak akan ambil malah tidak mahu watak sebagai penyondol. Rasanya hampir semua drama mesti ada karakter penyondol dan bagi saya ia terlalu mudah, tidak mencabar dan sangat tipikal.

Sebagai pelakon saya tak mahu dikenali dengan watak merendahkan wanita.

Tambahnya lagi, sebagai pelakon, dia ingin membawa watak yang bermanfaat kepada penonton.

Saya mahu watak menonjolkan wanita kuat, melindungi dan mempertahankan haknya. Itu lebih bermanfaat berbanding menjadi perampas suami orang.

Saya suka cabaran dan itu membuatkan saya lebih menghargai seni lakonan.

Perkembangan terkini, aktres itu bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Bisikan Dosa di mana dia akan bergandingan bersama pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Sara Ali, Uqasha Senrose dan juga Sherie Merlis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

Sherry Ibrahim Bengang Dituduh Tak 'Move On' & Meroyan - "Sekali Lagi Awak Tulis, Tunggu Peguam Saya"