TIPS: Cara mudah klon kad NFC guna telefon

Digital
2 Apr 2024 • 11:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telefon pintar anda ada NFC? Tahu tak, anda boleh menyimpan kad akses seperti kad pejabat di dalam telefon pintar dan menggunakan telefon pintar sebagai kad akses.

Ia boleh dilakukan jika anda mengklon kad NFC tersebut ke dalam telefon pintar. Mudah sahaja caranya tetapi hanya ada beberapa peranti sahaja yang menyokongnya.

Saya menggunakan telefon pintar Realme 12 Pro+ dan saya berjaya mengklon kad NFC ke dalam telefon. Begini caranya.

  1. Pergi ke Settings > Quick Cards
  2. Tekan pada “+ Access card”
  3. Letak kad di belakang telefon dan ia akan mula menyalin data kad tersebut ke dalam telefon. Tunggu sehingga selesai 100%.
  4. Setelah selesai menyalin data, anda diberi pilihan untuk mengenakan warna tema dan nama kad tersebut di dalam telefon. Jika berpuas hati, tekan Next. Kad tersebut berjaya diklon ke dalam telefon.
  5. Selepas berjaya, anda akan dapat melihat nama kad tersebut di dalam telefon.

Jika kad sudah berjaya disimpan dalam telefon, cara untuk menggunakannya sangat mudah. Tak perlu lancarkan aplikasi pun, hanya rapatkan telefon ke pengimbas NFC dan ia akan mengimbas kad yang bersesuaian.

Kad NFC yang boleh diklon

Sebenarnya, tak semua kad NFC boleh diklon ke dalam telefon pintar. Jika kad tersebut disulitkan (encrypted) seperti kad Touch n Go NFC, maka ia tidak boleh diklon.

image is not available

Sama seperti kad debit/kredit bank, ia tidak boleh diklon melalui cara ini. Tetapi anda boleh menyimpan kad bank dengan lebih selama menggunakan aplikasi seperti Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay.

Telefon yang boleh mengklon kad NFC ke dalam telefon

Selain telefon Realme, kami juga menemui cara yang sama boleh digunakan oleh telefon pintar Oppo. Ia ada di dalam telefon pintar Realme dan Oppo yang terbina NFC di dalamnya, serta memiliki sistem operasi Android 14.

Bagi iPhone, tiada cara untuk mengklon kad NFC. Jika anda berjaya mengklon kad NFC ke dalam telefon pintar jenama lain, jom kongsikan dengan kami ya.

Selamat mencuba.

Bacaan Berkaitan