Photo by Vecislavas Popa from Pexels
Rumah adalah tempat beristirehat dan berteduh bagi semua orang. Rumah juga adalah satu tempat dimana kita meluangkan masa yang berkualiti dalam hidup kita bersama keluarga dan tempat tidur kita. Tidak dinafikan bahawa memiliki rumah sendiri adalah impian ramai orang, akan tetapi bergantung kepada kemampuan. Walaupun rumah sewa, kita juga boleh menjaga dan menghias dengan baik. Kajian mengatakan bahawa kebersihan dan kekemasan rumah juga mempengaruhi kualiti hidup individu dan keluarga. Menghias rumah kini bukan sahaja diminati oleh kaum wanita malah ia telah merebak kepada kaum lelaki. Perkara ini sangat bagus kerana suami isteri boleh bergabung dalam menghasilkan hasil kerja yang menarik dan cantik. Di sini saya kongsikan beberapa tips berjimat ketika menghias rumah.
Membeli ketika jualan gudang

Jualan gudang barangan rumah semestinya akan menawarkan harga yang murah dan adakalanya tidak masuk akal. Ia memberi satu peluang kepada penggemar barangan hiasan rumah. Maklumat tentang jualan gudang ini boleh didapati dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan WhatsApp Group. Kita juga kena kerap membuka laman sesawang https://www.everydayonsales.com/ untuk melihat jadual jualan gudang yang berkaitan. Ia sangat membantu dalam menjimatkan kocek kita dan boleh membeli barangan yang lain hasil penjimatan tersebut.
Membeli dengan ‘personal shopper’ (penjual peribadi)

Tips kedua ini sangat disukai dan digemari kaum wanita. Penjual peribadi ini sendiri akan pergi ke jualan gudang dan akan membantu membuat pembelian barang kita. Akan tetapi mereka akan mengenakan caj perkhidmatan dengan bermula RM5 – RM50 satu barangan bergantung kepada kapasiti mereka. Sungguhpun begitu, mereka akan mendapat harga yang jauh lebih murah berbanding pembeli secara ‘walk in’ kerana pihak penjual atau pengilang akan membuat tawaran kepada mereka dahulu. Sehingga ada yang menawarkan sehari awal khas jualan untuk penjual peribadi sahaja. Kita sebagai pembeli juga akan memdapat penjimatan dan mudah kerana ada dikalangan mereka boleh membuat penghantaran sehingga ke rumah kita.
Memasang sendiri barangan secara ‘diy’ (do it yourself)

Zaman maklumat di hujung jari kita memudahkan kita untuk mempelajari cara untuk memasang perabot atau barangan rumah dengan sendiri. Contohnya, membuat almari televisyen, dinding hiasan, lantai rumah. Kita boleh melihat video di laman Youtube dan membeli barangan sendiri. Kosnya jauh lebih murah jika kita memanggil orang untuk memasangnya.
Selamat menghias rumah!
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


![“Takkan nak tahan” – [VIDEO] Lelaki Terkantoi Kentut Panjang Lepas Bagi Alasan Nak Keluar Ambil Barang](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)