Tipu bakal pengantin hampir RM1 juta, kerani IPK Perak telah didakwa

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 12:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tipu bakal pengantin hampir RM1 juta, kerani IPK Perak telah didakwa

IPOH – Penjawat awam yang tular kerana didakwa menipu bakal pengantin sehingga mengakibatkan kerugian mencecah hampir RM1 juta telah didakwa di mahkamah pada 8 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, sebanyak 73 laporan polis diterima pihaknya berhubung dakwaan penipuan membabitkan lelaki berusia 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Bagaimanapun katanya, selepas dirujuk kepada pihak pendakwaan, hanya satu pertuduhan diputuskan untuk dikemukakan terhadap lelaki berkenaan.

“Kes ini berlaku pada tahun lalu dan jumlah kerugian keseluruhan yang dilaporkan dianggarkan hampir RM1 juta.

“Laporan-laporan yang dibuat ketika itu turut dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Alwi berkata, lelaki berkenaan masih bertugas di IPK Perak, namun tindakan dalaman sedang dalam proses untuk diambil, termasuk kemungkinan dikenakan tindakan tahan kerja.

Mengulas lanjut, Mohd. Alwi berkata, lelaki berkenaan masih bertugas di IPK Perak, namun tindakan tatatertib sedang dalam proses untuk diambil terhadapnya, termasuk kemungkinan dikenakan tindakan tahan kerja.

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian maklumat daripada beberapa individu dipercayai menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.

Mereka mendakwa, lelaki terbabit gagal dihubungi selepas mengambil wang daripada bakal pengantin tanpa perkhidmatan yang dijanjikan. – KOSMO! ONLINE

The post Tipu bakal pengantin hampir RM1 juta, kerani IPK Perak telah didakwa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved