Tipu cukai, pendakwa raya Sepanyol mohon Shakira dikenakan penjara lebih 8 tahun

30 Jul 2022 • 12:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Pendakwa raya Sepanyol hari ini akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira(gambar) atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu.

Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.

Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bermilai €14.5 juta (US$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.

Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir €24 juta (US$24.5 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu “Waka Waka (This Time for Africa)”.-Bernama