Tipu Cukai, Pendakwa Raya Sepanyol Mohon Shakira Dikenakan Penjara Lebih 8 Tahun

30 Jul 2022 • 2:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penyanyi popular, Shakira - Gambar AFP

ANKARA - Pendakwa raya Sepanyol hari ini akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu. 

Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.

Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bermilai  €14.5 juta (US$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.

Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir €24 juta (US$24.5 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu 'Waka Waka (This Time for Africa)'. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved