“Tiru sebijik” – Sambal Nyet Kena Plagiat, Netizen Nasihat Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang

Entertainment
27 Dec 2023 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dinafikan usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming menjadi inspirasi buat semua orang.

Mana tidaknya, apa sahaja yang dikongsikan menjadi ikutan kepada semua, bahkan produk sambal yang dijualnya sentiasa menjadi rebutan di platform e-dagang.

Namun, ada yang mengambil kesempatan dengan menciplak produk Sambal Nyet Khairul Aming dan kemudian menjualnya sebagai produk sendiri.

Perkara itu didedahkan netizen apabila mendapati terdapat produk yang dilihat serupa dengan Sambal Nyet Khairul Aming iaitu dari segi packaging, botol dan label.

Menerusi semakan, produk sambal itu turut mendapat sambutan luar biasa di mana sudah terjual lebih 800 unit di platform e-dagang.

image is not available

Perkongsian itu telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya mengecam tindakan pemilik produk terbabit yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Ada yang menyatakan mereka terbeli sambal itu kerana keliru dengan labelnya yang hampir serupa. Selain itu, netizen turut mengesyaki gambar dalam risalah produk itu seperti janaan AI.

image is not available

Sehubungan itu, netizen menggesa agar pihak Khairul Aming mengambil tindakan undang-undang mengenai perkara tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Menurut seorang pengguna media sosial, Khairul Aming boleh mengambil 3 jenis tindakan terhadap si pelaku iaitu pelanggaran tanda dagangan, passing-off dan pelanggaran hak cipta.

Hmm janganlah tiru sebijik!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.