Tite Sah Undur Diri Selepas Brazil Tersingkir Piala Dunia

10 Dec 2022 • 2:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tite Sah Undur Diri Selepas Brazil Tersingkir Piala Dunia

DOHA, 10 Dis (Bernama) — Pengurus Brazil, Tite mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti, saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar pada Jumaat, lapor Xinhua.

Tite, yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016 telah mengumumkan hasratnya untuk berundur selepas Piala Dunia dan berkata keputusan itu tidak akan berubah.

“Ia sangat sukar,” kata Tite kepada pemberita pada Jumaat.

Apabila ditanya mengenai legasi yang akan ditinggalkannya, lelaki berusia 61 tahun itu menjawab: “Masa akan menentukannya.”

Tite, memenangi 61 daripada 81 perlawanannya dan tewas tujuh, turut mengetuai Brazil merangkul kejuaraan Copa America 2019.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved