Titip Doa Untuk Fatima Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Fattah Amin Luah Rasa Rindu Terhadap Anak - “Daddy Misses You…”

2 Oct 2024 • 9:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Fattah Amin berkongsi ucapan istimewa sempena hari lahir anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisya yang ke-4 tahun pada Rabu.

 

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah mendoakan agar puteri kesayangannya itu membesar menadi anak yang solehah, bijak dan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah.

Doa untuk Fatima

“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T,” kongsinya.

 

Pada perkongsian yang sama juga, Fattah turut meluahkan rasa kerinduan terhadap anak perempuannya itu.

 

“Daddy misses you (daddy rindu awak),” luah Fattah.

 

Rata-rata netizen tersentuh membaca perkongsian Fattah biarpun hanya menulis kapsyen yang pendek.

 

Terdahulu, isteri kepada Fattah iaitu aktres Nur Fazura tampil turut berkongsi hantaran khas sempena ulangtahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi nukilan panjang di Instagram, Fazura melihat Fatima individu yang sentiasa punya sifat empati dalam diri terhadap semua orang di sekelilingnya.

 

Dalam pada itu, Fazura berjanji akan selamanya berada di samping Fatima dalam apa jua keadaan susah atau senang.