TM Akan Menamatkan Sepenuhnya Perkhidmatan Streamyx Dan Unifi Lite Pada 28 Februari 2025

TechnologyDigital
31 Jan 2025 • 5:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia sedia menghentikan pendaftaran akaun baharu untuk Streamyx dan Unifi Lite sejak 2022 yang lepas, dan telah mengumumkan akan menaik-taraf pelanggan Streamyx dan Unifi Lite ke perkhidmatan internet berkelajuan tinggi secara berperingkat.

image is not available

Melalui laman rasmi, kini ia dipaparkan Telekom Malaysia tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian tembaga menjelang 28 Februari 2025 kelak. Semua pelanggan Streamyx dan Unifi Lite diminta beralih ke pakej lain secepat mungkin sekiranya belum lagi beralih ke penawaran TM yang disesuaikan kepada pelanggan terlibat.

TM menekankan selepas tarikh 28 Februari 2025, mereka tidak lagi akan menyelesaikan sebarang masalah melibatkan rangkaian tembaga. Langkah ini juga dilihat menamatkan era Streamyx sepenuhnya, selepas ia menjadi salah satu peneraju utama ramai dalam menggunakan internet di Malaysia suatu ketika dahulu.