TM Memperkenalkan Aplikasi Unifi TV 2.0 – Menyatukan Saluran Dan Perkhidmatan Penstriman Dibawah Satu Aplikasi

TechnologyDigital
9 Jul 2025 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini telah memperkenalkan aplikasi baharu untuk Unifi TV, dinamakan Unifi TV 2.0. Melaluinya, ia membawakan sejumlah pembaharuan, termasuk akses semua dalam satu – melibatkan lebih 70 saluran Unifi TV dan juga lebih 20 aplikasi penstriman tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi.

Dengan integrasi menyeluruh ini juga, ia memudahkan anda melakukan carian universal menggunakan satu aplikasi, dan menontonnya. Unifi TV 2.0 turut hadir dengan sokongan profil, membolehkan anda memilih profil berasaskan penggunaan dan tontonan.

image is not available

image is not available

Walaubagaimanapun, TM mengatakan aplikasi baharu Unifi TV 2.0 ini hanya ditawarkan untuk pelanggan baharu yang melanggan bermula 3 Julai 2025 sahaja. Untuk pelanggan sedia ada, anda dijangka akan menerima notifikasi apabila akaun anda bersedia untuk dinaik-taraf ke platform baharu ini. Pelanggan sedia ada juga diminta kekal menggunakan aplikasi sedia ada Unifi TV.

Aplikasi Unifi TV 2.0 ini ditawarkan untuk Google Play Store (Android), App Store (iOS), Huawei AppGallery dan juga sejumlah televisyen pintar yang terkini berasaskan Android, Tizen dan LG webOS.