Telekom Malaysia hari ini memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Unifi Mobile sedia ada mereka, dan menjenamakan ia kepada Unifi UniVerse. Bersama-sama penjenamaan ini, ia turut membawa penggunaan logo aplikasi yang diberikan nafas baharu.

Telekom Malaysia mengatakan bermula 17 mac 2025, semua pelanggan baharu untuk jalur-lebar dan juga pelan mudah-alih akan diuruskan melalui aplikasi Unifi UniVerse ini. Aplikasi ini juga turut menjadi pusat sehenti untuk Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan perkhidmatan lain dibawah Unifi.
Sementara untuk pelanggan sedia ada, anda masih boleh menguruskan akaun melalui aplikasi MyUnifi sebelum ini. Bagi anda yang menggunakan Unifi, boleh menyemak aplikasi Unifi UniVerse ini hari ini di Google Play Store dan juga Apple AppStore.


