TM tarik diri ambil alih DNB, akibat tamat tempoh perjanjian seperti CelcomDigi

10 May 2023 • 7:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telekom Malaysia (TM) hari ini melaporkan kepada Bursa Malaysia, bahawa mereka telah menghantar notis penamatan kepada Digital Nasional Berhad (DNB). Ia berikutan perjanjian untuk memenuhi syarat bagi pengambilalihan pegangan di dalam DNB, telah tamat tempoh.

Menurut TM, mereka bersedia untuk perbincangan dan proses seterusnya bersama kerajaan, untuk fasa pertama pembangunan 5G (mencapai 80% liputan 5G menjelang akhir tahun ini), serta fasa kedua oleh penyedia rangkaian 5G kedua negara tahun hadapan seperti diumum kerajaan sebelum ini. TM menyatakan, mereka komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan 5G, menerusi infrastruktur jalur lebar seluruh negara, platform digital yang pelbagai termasuk pusat data dan nod, serta pengalaman luas TM.

Pengguna TM tidak akan terganggu dengan pengumuman ini, kerana ia tidak melibatkan perjanjian akses 5G TM bersama DNB. Jadi pengguna TM boleh terus menggunakan perkhidmatan 5G bersama TM.

Langkah TM ini dilihat serupa dengan pengumuman CelcomDigi yang dibuat minggu lepas, sejurus pengumuman kerajaan untuk membentuk dua penyedia rangkaian 5G di Malaysia. Bermakna, tinggal Yes sahaja yang masih kekal dengan perjanjian mengamil alih pegangan di dalam DNB.

[Sumber: Bursa Malaysia]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved