
Telekom Malaysia (TM) menawarkan akses percuma kepada 73 saluran premium Unifi TV termasuk rangkaian antarabangsa seperti HBO dan Cinemax sehingga 30 September 2026.

Tawaran ini terbuka kepada semua pengguna, sama ada pelanggan Unifi atau tidak sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai kandungan hiburan termasuk filem blockbuster, rancangan hiburan, sukan, berita, gaya hidup, pembelajaran serta program kanak-kanak.
Untuk menonton, pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan e-mel tanpa bayaran. Kandungan boleh dilakukan melalui Smart TV, telefon pintar, tablet atau Android TV box menggunakan aplikasi Unifi TV 2.0. Promosi berlangsung sehingga 30 September 2026, dan selepas itu akses percuma akan ditamatkan dan pelanggan boleh memilih untuk melanggan pakej premium.

Mulai 1 Oktober 2026, Unifi TV akan terus menyediakan 22 saluran percuma, merangkumi 16 saluran FTA dan enam saluran premium tambahan iaitu DEGUP HD, Dunia Sinema HD, Sensasi HD, Inspirasi HD, Pesona HD serta Al Jazeera. Pengguna tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk menikmati tawaran ini.
Sumber – Telekom Malaysia


