Meta Setuju Bayar $18 Bilion Untuk Selesaikan Kes Ketagihan Media Sosial Di Amerika Syarikat

WorldTechnology
27 Aug 2026 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Setuju Bayar $18 Bilion Untuk Selesaikan Kes Ketagihan Media Sosial Di Amerika Syarikat

Meta bersetuju membayar sehingga $18 bilion (~RM 73 bilion) dalam tempoh 10 tahun untuk menyelesaikan tuntutan undang-undang berkaitan ketagihan media sosial kanak-kanak. Bayaran terdiri daripada Termasuk bayaran $16.7 bilion kepada 47 negeri AS dan wilayah. Selain itu, Meta turut bersetuju menghadkan akses kepada Facebook dan Instagram kepada remaja di Amerika Syarikat.

Image from: Meta Setuju Bayar $18 Bilion Untuk Selesaikan Kes Ketagihan Media Sosial Di Amerika Syarikat

Menerusi persetujuan ini, masa penggunaan oleh remaja dihadkan kepada 2 jam sehari di Facebook dan Instagram. Penggunaan dihalang antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi sekiranya tidak menerima kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Terdapat juga ciri menghadkan notifikasi semasa waktu sekolah antara jam 8 pagi hingga 3 petang. Meta kini menggesa TikTok dan YouTube untuk melaksanakan sekatan akses yang sama kepada remaja.

Bulan lalu, California, Colorado, Kentucky, dan New Jersey menuntut penalti mencecah $1.4 trilion (~RM 5.64 trilion) terhadap Meta atas dakwaan bahawa Facebook dan Instagram direka untuk menjadikan remaja ketagih serta mengelirukan orang awam tentang keselamatan menggunakan platform.

Jumlah tuntunan penalti yang diminta adalah hampir sama besar dengan nilai pasaran Meta pada ketika ini iaitu $1.46 trilion. Walaupun bersetuju membayar jumlah yang tinggi untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah, saham Meta meningkat selepas pengumuman dilakukan.

Sungguhpun begitu $18 bilion adalah nilai kecil berbanding pendapatan $200.97 bilion yang dicatatkan oleh Meta tahun lalu.

Di Malaysia dan Australia, penggunaan platform media sosial telahpun diharamkan ke atas golongan remaja bawah 16 tahun. Langkah drastik diambil di kedua-dua negara atas alasan menjadi kesihatan mental remaja. Pengesahan identiti perlu dilakukan menggunakan kad identiti nasional seperti MyKad.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved