TMJ cadang skuad Harimau Malaya diswastakan

LocalPolitics
4 Sep 2024 • 10:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.

Peruntukan yang diumumkan itu katanya khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.

Sebanyak RM10 juta merupakan peruntukan daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi adalah daripada syarikat swasta.

Susulan pengumuman itu juga, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar pasukan kebangsaan diswastakan.

Menerusi laman sosial miliknya, Tunku Ismail sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

image is not available

Berdasarkan dokumen itu, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal selain dibantu dengan beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi & Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

Menerusi satu laporan, cadangan sama pernah dibangkitkan namun ia mendapat tentangan hebat pemerhati dan bekas pemain kebangsaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved