Tunku Ismail Beri Idea Harimau Malaya Diswastakan

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 4:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memberi idea pasukan bola sepak negara diswastakan.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya.

Satu perkongsian dibuat di laman Instagram milik baginda mengenai sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

image is not available

Foto: Instagram Tunku Ismail

Berdasarkan dokumen tersebut, Ketua Pegawai Bola Sepak (CSO) atau Pengarah Teknikal akan mengetuai organisasi berkenaan, yang turut dibantu oleh Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

image is not available

Foto: Instagram Tunku Ismail

image is not available

Foto: Instagram Tunku Ismail

Menurut perkongsian lain, Tunku Ismail memuat naik gambarnya bersama Anwar pada 23 Ogos lalu sebelum perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Selangor FC bulan lalu.

image is not available

Foto: Instagram Tunku Ismail

Terdahulu, Anwar mengumumkan skuad bola sepak negara memperoleh peruntukan sebanyak RM15 juta, dimana RM10 juta daripada kerajan manakala RM5 juta merupakan tajaan-tajaan syarikat swasta.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara tersebut semasa Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan hari ini.

Sumber: Instagram Tunku Ismail

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved